Tuesday, December 5, 2023
spot_img
HomeHealth & FitnessCOVID-19Bercuti Di Musim Covid, Apa Yang Perlu Dilakukan?

Bercuti Di Musim Covid, Apa Yang Perlu Dilakukan?

Akibat daripada wabak COVID-19 yang melanda seluruh negara, kehidupan seharian bagi semua orang seakan berubah secara serta merta. Ramai yang terpaksa akur dengan norma baharu yang telah ditetapkan.

Namun begitu, setelah keadaan beransur pulih, kerajaan Malaysia mengumumkan untuk melaksanakan peralihan fasa. Banyak kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia selepas peralihan fasa tersebut. Antaranya ialah kelonggaran untuk merentas negeri dan pergi bercuti. Ramai yang teruja dengan kelonggaran yang diberi kerana sudah lama tidak keluar bercuti Bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Walaupun begitu, rakyat Malaysia tetap harus mengambil langkah berjaga-jaga ketika pergi bercuti kerana negara kita asih belum pulih sepenuhnya lagi. Kita akan kongsikan beberapa perkara yang anda perlu lakukan ketika pergi bercuti.

# Elakkan berada di tempat yang sesak

Memang tidak dinafikan, selepas sahaja kerajaan mengumumkan bahawa rakyat Malaysia sudah boleh merentas negeri dan pergi bercuti, ramai yang tidak lepaskan peluang tersebut. Banyak destinasi yang menjadi tumpuan bagi rakyat Malaysia untuk bercuti. Oleh hal yang demikian, rakyat Malaysia perlu bijak dalam merancang percutian. Untuk elak daripada berada ditempat yang sesak, pilih hari bekerja sebagai hari untuk bercuti.

# Sentiasa memakai pelitup mulut dan hidung

Memakai pelitup mulut dan hidung mungkin nampak remeh bagi sesetengah pihak tetapi ia merupakan sesuatu yang amat penting semasa zaman pandemik ini. Memakai pelitup hidung dan mulut adalah sangat penting kerana kita tidak tahu dimana virus itu berada dan siapa yang memiliki virus tersebut dengan mereka. Dengan memakai penutup mulut dan hidung, peratusan untuk seseorang itu terkena virus tersebut adalah lebih rendah berbanding seseorang yang tidak memakai penutup mulut dan hidung.

# Pilih tempat penginapan yang mementingkan kebersihan dan keselamatan

Pemilihan tempat penginapan juga amat penting di musim COVID-19 ini. Memang betul kerajaan telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi setiap hotel namun ada sesetengah hotel yang mempunyai SOP mereka tersendiri demi menjaga keselamatan dan kesihatan tetamu yang hadir. Ketika pergi bercuti, pilihlah tempat penginapan yang terdapat semua kemudahan peribadi di dalam bilik agar tidak perlu selalu berjumpa dengan tetamu yang lain.

# Lakukan ujian calitan kendiri

Ujian calitan kendiri sangat penting untuk dilakukan sebelum pergi bercuti ke mana-mana. Pasti kita tidak mahu menjadi pembawa virus ini sekali gus membahayakan ahli keluarga yang lain, rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang pergi bercuti di tempat yang kita kunjungi. Kit ujian calitan kini dijual dengan harga yang mampu milik dan boleh didapati di mana-mana farmasi atau pasar raya.

Jika semua inisiatif ini dilakukan, kita mungkin dapat bercuti dengan tenang dan selamat tanpa membahayakan diri sendiri atau orang sekeliling. Bercuti, bercuti juga. Tetapi kesihatan dan keselamatan tetap perlu dijaga.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content