Saturday, June 3, 2023
spot_img
HomeLIFESTYLEHealth & FitnessMakanan Yang Boleh Diambil Untuk Menambah Berat Badan

Makanan Yang Boleh Diambil Untuk Menambah Berat Badan

Ramai yang mempunyai masalah untuk menurunkan berat badan bukan? Tetapi tahukah anda ada juga segelintir orang yang mempunyai masalah untuk menambahkan berat badan mereka. Bagi sesetengah golongan ini, mereka mungkin telah mencuba pelbagai cara untuk menaikkan berat badan mereka namun masih lagi tidak berhasil.

Sama seperti yang ingin menurunkan berat badan, pasti orang yang cuba untuk menaikkan berat badan mereka ini inginkan cara yang sihat tanpa perlu makan apa-apa makanan tambahan. Untuk menaikkan berat badan, tenaga yang diambil perlulah lebih dari keperluan tenaga harian.

Selain bersenam, makanan jenis macam mana yang sesuai diambil oleh seseorang untuk menaikkan berat badan dengan sihat?

  1. Susu Penuh Krim

Susu penuh krim merupakan susu yang mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi berbanding susu-susu lain yang terdapat di pasaran. Susu mengandungi karbohidrat, protein dan lemak yang sangat baik dan mencukupi untuk menambah berat badan seseorang. Kandungan protein yang terdapat didalam susu mampu untuk menyokong pembentukkan otot.

  1. Daging Merah

Bagi mereka yang tidak tahu, daging merupakan sumber protein yang mengandungi sumber tenaga yang tinggi. Jadi ia merupakan antara makanan yang dapat membantu pertumbuhan otot seseorang yang ingin menambah berat badan. Namun, untuk mengelakkan daripada mengambil lemak yang banyak, pilih bahagian daging yang tidak mempunyai banyak lemak.

  1. Ikan Salmon

Ikan salmon juga boleh dijadikan makanan yang sesuai untuk orang yang ingin menambah berat badan mereka. Hal ini kerana ikan salmon merupakan salah satu makanan laut yang tinggi kalori serta mengandungi protein dan omega-3 yang baik untuk tubuh seseorang. Ia juga mempunyai lemak yang sihat yang dapat membuatkan seseorang itu dah menaikkan berat badan mereka dengan sihat.

  1. Nasi Putih

Makanan yang paling senang untuk didapati, sudah semestinya nasi putih. Nasi puih merupakan makanan ruji bagi masyarakat Malaysia. Pasti ada diantara kita yang tidak boleh ‘hidup’ sekiranya seharian tidak dapat nasi kan? Setiap satu sajian nasi yang diambil mempunyai lebih kurang 200 kalori. Jadi bagi yang ingin menambah berat badan, anda boleh cuba untuk melebihkan pengambilan nasi putih dalam satu sajian anda.

  1. Yogurt penuh lemak

Pengambilan yogurt juga merupakan salah satu cara untuk menaikkan berat badan. Hal ini kerana yogurt mengandungi kandungan lemak yang baik untuk tubuh badan. Pengambilan yogurt yang digalakkan ialah pengambilan plain yogurt. Yogurt ini tidak dicampur dengan sebarang perisa tambahan lain yang hanya akan membuatkan kandungan khasiat dalam yogurt tersebut berubah. Yogurt berperisa mempunyai kandungan gula dan perasa yang tinggi.

Tenaga, protein dan karbohidrat yang tinggi sangat penting dalam makanan yang diambil oleh sesiapa yang ingin menaikkan berat badan. Walaupun ingin menaikkan berat badan, tidak semestinya perlu mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak dengan banyak. Itu hanya akan menambah lemak dalam badan dan bukan otot. Kenaikkan peratusan otot adalah lebih penting berbanding peratusan lemak. Hal ini kerana, sekiranya berat bertambah hanya kerana lemak, ia akan membuatkan tubuh kita menjadi tidak sihat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content