Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeLIFESTYLEDua Kali Lafaz, Haqiem Rusli Sah Bergelar Suami

Dua Kali Lafaz, Haqiem Rusli Sah Bergelar Suami

Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular Haqiem Rusli, 23, telah sah bergelar suami kepada gadis berumur 19 tahun, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri pada jam 3:40 petang tadi.

Haqiem Rusli dan pasangannya, Anis Sofea dinikahkan oleh Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang iaitu Zamzuri Ruslan yang disaksikan oleh bapa kepada pengantin perempuan, Wan Zamzuri Wan Muhammad. Majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya itu dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem bin Rusli menyerahkan mas kawin sebanyak RM300 berserta wang hantaran berjumlah RM100,000 kepada isterinya, Anis Sofea.

Sumber; Aqo Imran

Pasangan mempelai yang boleh dikatakan bagai pinang dibelah dua itu akan melangsungkan resepsi mereka pada malam ini secara tertutup yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan kenalan rapat sahaja. Memilih tema ‘Wedding in the Sky’ atau ‘Raikan Cinta di Langit Asmara’ sebagai tema untuk majlis resepsi pasangan dua sejoli itu.

Haqiem Rusli dan Anis Sofea mula berkenalan semasa menjalankan urusan perniagaan dimana mereka mengusahakan restoran steamboat bersama-sama. Mereka yang telah menjalinkan hubungan percintaan sejak dua tahun yang lalu itu akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang masing-masing.

Penyanyi yang popular dengan lagu Selamat Tinggal Sayang itu menganggap isterinya itu sebagai wanita yang sempurna buat dirinya. Haqiem berkata beliau begitu senang dengan keperibadian dan sikap yang dimiliki oleh isterinya, Anis Sofea.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content