Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeFESYENFesyenTips Padanan Warna Yang Pasti Akan Membuatkan Fesyen Anda Menyerlah!

Tips Padanan Warna Yang Pasti Akan Membuatkan Fesyen Anda Menyerlah!

Sekarang ini, ramai yang membuat suai padan untuk pakaian yang akan dipakai. Namun masih lagi terasa seperti ada yang kurang. Tahukah anda, ada lagi satu perkara yang anda perlu lakukan untuk dapatkan penampilan yang lebih menyerlah?

Anda perlu pandai bermain dengan warna untuk nampak lebih menarik. Masih ramai lagi yang tidak tahu dan tidak berani untuk bermain dengan warna. Pemilihan warna merupakan satu faktor yang amat penting untuk penampilan seseorang. Hari ini kita akan kongsikan warna-warna yang menarik untuk dipadankan sekali gus dapat menyerlahkan lagi penampilan kita.

  1. Putih dan coklat

Padanan warna ini merupakan padanan warna yang sangat cantik. Ramai yang tidak berani mencuba padanan warn aini keraja risau akan kelihatan tenggelam. Namun sangkaan anda salah. Padanan warna seperti ini akan menyerlahkan lagi penampilan anda. Padanan warna ini akan membuatkan anda nampak lebih bergaya.

  1. Kelabu dan Hijau

Warna ini amat sesuat untuk golongan yang berjiwa monokrom tetapi ingin menambah sedikit warna dalam penampilan anda. Warna hijau yang sesuai dipadankan dengan kelabu adalah hijau seakan-akan hijau hutan. Penampilan anda pasti akan lebih menarik selepas mencuba padanan warna ini.

  1. Biru Navy dan Putih

Percaya atau tidak, warna putih sangat sesuai dipadankan dengan pelbagai warna. Antaranya seperti warna putih dan biru navy. Kontra warna yang gelap dan cerah boleh membuatkan penampilan anda nampak lebih mewah.

  1. Hitam dan Merah

Padanan warna yang tidak ketinggalan ialah padanan antara warna hitam dan merah. Padanan warna ini akan memberikan kesan dramatic dan romantik. Siapa sahaja yang mengenakan padanan warna ini pasti akan mendapat perhatian orang. Sentuhan warna merah akan memberikan ‘nyawa’ pada warna hitam yang dipakai.

Menarik bukan padanan warna yang telah disenaraikan di atas? Kadang-kadang kita rasa kurang yakin dengan padanan warna yang kita pilih itu kerana risau ia tidak bersesuaian. Tetapi sebenarnya, satu warna itu boleh dipadankan dengan banyak warna lain.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
SourceFIMELA
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content