Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeLIFESTYLEHealth & FitnessTak Boleh Basuh Rambut Ketika Datang Bulan. Fakta Atau Mitos?

Tak Boleh Basuh Rambut Ketika Datang Bulan. Fakta Atau Mitos?

Semasa datang bulan, banyak pantang larang yang kita selalu dengar kan? Dari kita kecil sampai dah dewasa, kita masih dengar tentang perkara yang sama. Pantang larang ini merupakan sesuatu perkara yang dilarang untuk seseorang itu lakukan. Sejak dahulu lagi, banyak pantang larang yang telah dicipta oleh nenek moyang kita. Kebiasaanya, pantang larang ini dibuat berdasarkan situasi dan ada sebab mengapa larangan-larangan itu dicipta.

Salah satu pantang larang ketika datang bulan adalah tidak boleh cuci rambut ketika datang bulan. Adakah pantang larang ini adalah berdasarkan fakta atau sekadar mitos? Mari kita bincagkan…

Menurut orang-orang tua dahulu, liang roma pada kulit kepala terbuka semasa seseorang wanita itu datang bulan. Apabila liang roma kepala terbuka, seseorang itu akan rasa sakit kepala sekiranya membasuh rambut.

Berbeza pula dengan pendapat dari kaum Cina. Menurut mereka, sekiranya mencuci rambut Ketika datang bulan, rahim wanita akan menjadi sejuk dan kecut. Apabila rahim mengecut, ia akan menyebabkan peredaran darah tidak lancar dan terjadinya darah beku yang mengakibatkan wanita yang sedang datang bulan itu mengalami kesakitan.

Namun begitu mengikut kata doktor, membasuh rambut ketika datang bulan tidaklah mendatangkan sebarang masalah kesihatan seperti yang diperkatakan oleh orang-orang dahulu. Tiada kajian yang menunjukkan bahawa mencuci rambut ketika datang bulan boleh membuat liang kepala terbuka dan rahim seseorang mengecut. Menurut UNICEF, penggunaan air sejuk ketika datang bulan tidak memberi sebarang kesan negatif kepada kesihatan tubuh badan atau kitaran haid seseorang wanita.

Membasuh rambut ketika datang bulan sebenarnya memberi banyak faedah kepada wanita. Salah satunya ialah sudah semestinya dapat menyegarkan tubuh badan seseorang yang sedang datang bulan. Selain daripada itu, mencuci rambut semasa datang bulan boleh meredakan kesakitan yang dialamai dan dapat merehatkan otot serta meredakan kekejangan.

Jelaslah kini, larangan mencuci rambut ketika datang bulan adalah mitos semata-mata. Setiap orang dituntut untuk menjaga kebersihan lagi-lagi semasa sedang datang bulan. Jadi tiada salahnya jika ingin membasuh rambut semasa tempoh tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
SourceCARI
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content