Tuesday, December 5, 2023
spot_img
HomeLIFESTYLEPulau-Pulau di Terengganu Yang Wajib Anda Kunjungi

Pulau-Pulau di Terengganu Yang Wajib Anda Kunjungi

Percutian yang paling diidamkan mestilah percutian ditempat-tempat yang dapat memberi ketenangan dan keseronokkan kepada individu tersebut. Apabila bercakap soal ketenangan, terus akan terbayang lautan biru yang terbentang luas dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Tak lain tak bukan, pastilah percutian ke pulau. Tidak perlu ke luar negara, di Malaysia sendiri terdapat banyak pulau yang indah untuk dilawati dan dijadikan destinasi percutian. Pulau-pulau ini mempunyai keunikannya yang tersendiri yang membuatkan ramai pelancong datang untuk bercuti di sana.

Pada perkongsian kali ini, kami akan kongsikan beberapa pulau di Terengganu yang wajib anda kunjungi.

  1. Pulau Perhentian

Pulau Perhentian merupakan sebuah pulau yang sering dikunjungi oleh pelancong. Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.  Pulau perhentian Kecil sering dijadikan destinasi kerana ia lebih meriah dan mempunyai tempat penginapan yang lebih murah berbanding di Perhentian Besar. Pulau Perhentian Besar pula lebih sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu kerana ianya lebih privasi.

Bukan sekadar mempunyai air laut yang jernih, Pulau Perhentian juga memiliki satu kawasan tinggi yang membolehkan kita untuk melihat pemandagan laut dari posisi yang lebih tinggi. Ia dinamakan Kincir Angin. Untuk ke Kincir Angin, pelancong perlu mendaki selama lebih kurang 30 minit. Pemandangan dari atas itu sangat mengagumkan.

  1. Pulau Redang

Pulau Redang merupakan pulau wajib bagi penyelam-penyelam. Hal ini kerana Pulau Redang mempunya batu karang yang sangat cantik. Pulau ini merupakan salah satu dari Sembilan pulau di Laut China Selatan yang dilindungi dan dijaga dengan baik. Pulau ini juga mempunyai air laut yang sangat jernih.

Selain itu, pelancong juga berpeluang untuk menyaksikan penyu bertelur di Pulau Redang ini. Pualu Redang merupakan tapak pemuliharaan penyu yang penting di Terengganu. Banyak aktiviti air yang boleh dilakukan di pulau ini.

  1. Pulau Kapas

Pulau Kapas merupakan sebuah pulau yang kecil sahaja. Namun ia merupakan antara Pulau yang terkenal dan tercantik di negeri Terengganu. Pulau Kapas mempunyai pantai yang sangat tenang dan cantik. Pulau ini digelar Pulau Kapas kerana ia memiliki pasir pantai yang putih yang kelihatan seperti kapas.

Di Pulau Kapas, aktiviti mencandat sotong merupakan satu aktiviti yang sering dilakukan. Untuk pergi mencandat, pelancong hanya perlu menyewa bot yang terdapat di jeti Marang. Selain dapat menikmati keindahan alam, pelancong juga dapat melakukan aktiviti yang menarik seperti ini.

  1. Pulau Tenggol

Pulau Tenggol juga merupakan pulau yang terkenal dalam kalangan penyelam skuba. Ia pernah disebut dalam majalah Asian Diver Magazine Annual Edition sebagai tempat menyelam yang terbaik di Semenanjung Malaysia. Terdapat 20 buah kawasan menyelam yang sering menjadi pilihan para penyelam. Salah satunya adalah Batu Tokong Laut. Penyelam juga boleh melihat penyu di Teluk Air Tawar dimana ia merupakansatu kawasan yang mempunyai penyu.

  1. Pulau Lang Tengah

Pulau ini mempunyai lokasi yang agak menarik dimana ia terletak ditengah-tengah antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Seperti pulau-pulau lain, pulau ini juga mempunyai air laut yang sangat jernih dan batu karang yang cantik.

Pulau ini merupakan pulau yang kecil, jadi sekiranya anda inginkan percutian yang tenang dan agak privasi anda boleh ke Pulau Lang Tengah ini. Di pulau ini, pelancong-pelancong yang bernasib baik akan dapat melihat sendiri penyu-penyu yang singgah untuk bertelur.

Macam mana? Rasa berkobar-kobar bukan untuk pergi bercuti di pulau-pulau yang terdapat di sekitar Terengganu! Jangan lepaskan peluang untuk mengambil seberapa banyak gambar yang boleh semasa bercuti di pulau-pulau yang cantik ini. Lagi seronok sekiranya anda mempunya kamera kalis air jadi anda dapat mengambil gambar-gambar semasa didalam laut.

Namun, perlu diingatkan bahawa kebiasaanya pulau-pulau di sekitar Pantai Timur ini mula ditutup kepada pelancong pada bulan November hingga Mac. Ini kerana bulan-bulan tersebut merupakan musim tengkujuh.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content