Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeMakananMenu Makanan Sihat Yang Patut Anda Cuba

Menu Makanan Sihat Yang Patut Anda Cuba

Setiap orang pasti mengimpikan tubuh badan yang bukan sahaja menarik tetapi juga sihat. Zaman sekarang ini, ramai yang bersenam dengan harapan dapat mengurangkan berat badan. Namun tidak ramai yang mendapatkan hasil yang mereka inginkan. Hal ini terjadi kerana ada perkara yang tidak dilakukan seperti tidak menjaga makan. Bersenam sahaja tidak cukup untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal.

Ramai yang tidak menjaga makan walaupun sudah bersenam kerana bagi mereka makanan sihat atau makanan diet ini tidak sedap. Betul lah, siapa sahaja yang ingin makan makanan yang tidak sedap kan? Tetapi adakah anda tahu ada makanan diet yang sedap dan mudah untuk dimasak atau didapatkan?

Semasa diet, seseorang itu tidak semestinya hanya perlu makan sayur-sayuran sahaja. Banyak lagi menu lain yang dikategorikan sebagai makanan sihat yang boleh diamalkan. Nak tahu apakah menu-menu tersebut? Teruskan membaca.

# Roti Wholemeal bersama Aneka Inti

Roti wholemeal merupakan roti yang sering dimakan oleh golongan yang sedang berdiet. Roti ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun boleh letakkan pelbagai inti yang anda sukai. Tetapi hanyalah inti yang tergolong dalam makanan sihat sahaja. Sebagai contoh, ayam bakar atau panggang yang dicincang, sayur salad dan sebagai penambah perisa sapukan dengan avocado yang dilenyek.

# Nasi bersama aneka lauk

Bagi yang memang tidak boleh tinggalkan nasi dalam diet harian, jangan risau. Anda masih boleh makan nasi tetapi mengikut konsep suku suku separuh. Bagi yang tidak tahu, konsep suku suku separuh ini mewakili suku pinggan sumber karbohidrat, suku pinggan sumber protein dan lemak dan separuh pinggan sayuran.

# Spaghetti sup

Sudah jemu asyik makan nasi? Boleh cuba diet dengan makan spaghetti. Seperti yang kita tahu, mi spaghetti boleh dipelbagaikan cara masakannya. Sekali sekala boleh cuba menu spaghetti sup. Pastikan sup itu cukup dari segi protein, lemak dan juga sayur-sayuran. Karbohidrat boleh didapati dari mi spaghetti tersebut.

# Protein Aneka Rasa bersama Sayuran

Dalam diet yang seimbang, protein dan sayuran adalah sangat penting. Protein seperti ayam dan ikan boleh dipelbagaikan cara masakannya. Sebagi contoh, ia boleh dimasak dengan cara memanggang atau membakar. Sebelum dibakar atau dipanggang, protein tersebut boleh diperap dengan sos lada hitam atau cukup sekadarr garam dan lada hitam sebagai penambah perisa. Bahagian ayam yang boleh dimakan semasa diet hanyalah dada ayam kerana ianya kurang lemak dan tinggi protein. Selain itu, ikan salmon juga memiliki protein yang tinggi.

Tidak susah sebenarnya untuk makan makanan yang sihat. Masakan harian itu boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing-masing. Semasa diet, tidak semestinya hanya makan sayuran sahaja tetapi sayuran perlu sentiasa ada dalam setiap menu yang dibuat. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda yang telah buntu, tidak tahu apa lagi yang mahu dimakan semasa sedang diet.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content