Hadiah merupakan sesuatu yang bermakna yang diberikan kepada seseorang. Memberi hadiah kepada seseorang dianggap sebagai tanda ingatan kita terhadap insan tersebut. Hadiah selalunya diberi kepada seseorang pada hari-hari istimewa seperti hari jadi dan hari ulang tahun perkahwinan. Namun begitu, tidak ada salahnya jika memberi hadiah kepada seseorang tanpa perlu menunggu hari istemewa.
Ada juga yang memberi hadiah kepada seseorang untuk memujuk pasangan mereka yang sedang merajuk. Memujuk pasangan yang sedang merajuk memang agak sukar. Tetapi sekiranya kena dengan cara, pasti ianya akan berhasil. Hari ini, kita akan kongsikan beberapa hadiah menarik untuk lelaki dan perempaun yang boleh anda berikan kepada pasangan anda.
# Minyak Wangi
Wangian mempunyai identiti tersendiri terhadap seseorang, tidak kira lelaki atau perempuan. Wangian bukan sekadar membuat seseorang itu berbau wangi sepanjang hari tetapi juga dapat membantu menyerlahkan lagi penampilan seseorang.

Jika tidak tahu nak berikan wangian apa kepada pasangan, cuba untuk tanyakan jenis bauan yang macam mana ang mereka suka. Atau setiap kali keluar bersama, cuba perhatikan jenis wangian macam mana yang mereka sering pakai.
Untuk lelaki, mungkin boleh dihadiahkan dengan wangian seperti Dior Sauvage dan Mont Blanc Legend. Untuk wanita pula, lelaki boleh hadiahkan wangian seperti Yves Saint Laurent Black Opium atau Miss Dior Blooming Bouquet.
# Jam Tangan
Antara hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada pasangan adalah sesuatu yaqng boleh dipakai setiap hari. Jam tangan adalah salah satu contoh barangan yang dipakai setiap hari. Bagi sesetengah orang ia menjadi seperti aksesori wajib yang mesti dipakai kemana sahaja.

Selain jam tangan, aksesori jam tangan seperti jam tangan juga boleh dihadiahkan pasangan anda. Kini jam tangan yang talinya boleh ditukar-tukar sedang menjadi trend dalam masyarakat kita. Jadi, hadiahkan tali jam yang baharu kepada pasangan anda agar jam tangannya kelihatan seperti baru.
# Bag tangan / Dompet
Wanita pasti sangat sukakan bag tangan dan juga dompet. Ia merupakan sesuatu yang sering dibawa kemana sahaja. Ia merupakan satu keperluan untuk wanita menyimpan barang-barang mereka apabila keluar berjalan.

Banyak bag tangan dan dompet yang cantik-cantik boleh didapatkan dipasaran mengikut citarasa anda dan pasangan. Harganya juga tidak terlalu mahal. Sekiranya anda beruntung, ada bag tangan yang dijual sekali dengan dompetnya. Jadi tidak perlu pening kepala untuk mencari dompet yang lain lagi.
# Aksesori Permainan Video
Kaum wanita, pasti pasangan anda sangan sukakan permain video bukan? Mereka mungkin bermain permainan video sehingga melupakan kehadiran anda. Tetapi tidak salah jika anda ingin menghadiahkan pasangan anda dengan aksesori permainan video. Pasangan anda pasti akan lebih menyayangi anda kerana mereka nampak yang anda menyokong minat mereka.

Sebagai contoh, anda boleh hadiahkan game controller atau gaming mouse yang baru kepada pasangan anda. Kaum lelaki dengan permainan video memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi tiada salahnya jikia kita sebagai wanita untuk menghadiahkan sesuatu yang mereka suka. Mereka pasti akan lebih menghargai hadiah tersebut kerana diberikan oleh pasangan mereka.
# Bunga dan Coklat
Bila disebut tentang bunga dan coklat, pasti sahaja ia merupakan hadiah yang sering diberikan kepada kaum wanita. Ia merupakan hadiah yang paling senang untuk difikirkan oleh kaum lelaki sekiranya ingin memujuk pasangannya yang merajuk.

Walaupun bunga akan layu dan kering, tetapi percayalah kaum wanita tetap akan menyimpan bunga tersebut. Mereka mungkin akan meletakkan bunga yang telah kering itu ke dalam bingkai gambar dan dijadikan perhiasan dinding atau mejanya sebagai tanda menghargai pemberian dari pasangan mereka.
Coklat pula merupakan kegemaran bagi ramai wanita. Setiap wanita pasti mempunyai coklat yang digemari mereka. Jadi kaum lelaki, anda perlu sentiasa peka dengan jenis coklat yang disukai pasangan anda. Walaupun menghadiahkan coklat ini nampak remeh, tetapi ianya sangat disukai oleh kaum wanita.
# Barangan Sukan
Pasangan anda merupakan seorang yang suka bersukan? Hadiahkan mereka dengan barangan sukan yang baru. Banyak barangan sukan yang boleh diberikan seperti kasut bola, kit jersi yang baru atau mungkin bag yang boleh digunakan untuk menyimpan segala barang sukan mereka.
Demikianlah antara barangan yang sesuai dijadikan hadiah untuk pasangan anda. Hadiah yang diberikan tidak perlu mahal, cukup sekadar anda ikhlas dengan pemberian anda kepada pasangan, pasti mereka akan menghargainya. Sekiranya anda mempunya masa, berikan perhatian yang lebih dan luangkan masa kepada pasangan anda juga merupakan salah satu hadiah yang sangat dihargai oleh pasangan anda.