Saturday, September 23, 2023
spot_img
HomeLIFESTYLEHealth & FitnessAktiviti Riadah Yang Boleh Dilakukan Pada Hujung Minggu

Aktiviti Riadah Yang Boleh Dilakukan Pada Hujung Minggu

Aktiviti riadah dan rekreasi bersama ahli keluarga atau kawan-kawan memberikan banyak manfaat kepada diri individu tersebut. Aktiviti riadah perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Hal ini untuk memastikan kesihatan fizikal dan mental seseorang itu berada dalam keadaan yang baik. Aktiviti riadah juga mampu untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan kawan-kawan.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan mengikut pilihan masing-masing. Sekiranya masih buntu dan tidak tahu aktiviti apa yang boleh dilakukan pada hujung minggu ini, teruskan membaca! Kami akan kongsikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan.

Berkelah di pantai atau sungai

Aktiviti berkelah ini merupakan aktiviti yang sangat menarik sekiranya dilakukan bersama ahli keluarga atau rakan. Apabila ingin pergi berkelah, pasti lokasi yang menjadi sasaran adalah di persisiran pantai ataupun di sungai-sungai. Selain dapat bergembira bersama keluarga dan rakan-rakan, kita juga dapat menenangkan fikiran dengan menikmati keindahan alam semula jadi semasa berkelah.

Memancing

Setiap kali kita dengar perkataan memancing, pasti akan terlintas di fikiran bahawa aktiviti ini hanya dilakukan oleh kaum lelaki sahaja. Jangan risau, aktiviti ini juga boleh dilakukan oleh kaum perempuan atau dilakukan bersama keluarga. Untuk memancing, tidak semestinya perlu pergi hingga ke tengah laut. Cukup sekadar pergi memancing di kolam-kolam ternakan ikan. Tetapi sekiranya mahu rasakan keseronokkan yang lebih, bolehlah sewa bot untuk pergi memancing di tengah laut.

Mendaki Bukit atau Gunung

Mendaki bukit atau gunung juga merupakan satu aktiviti riadah yang seronok jika dilakukan bersama-sama ahli keluarga atau rakan-rakan. Selain dapat menyihatkan tubuh badan dan mengekalkan stamina, aktiviti mendaki juga boleh mengurangkan tekanan seseorang. Banyak lokasi yang boleh dikunjungi untuk mendaki. Antaranya seperti Bukit Broga, Bukit Saga, Bukit Kutu dan Bukit Tabur.

Bermain Go Kart

Pasti ramai yang tidak pernah terfikir untuk menjadikan Go Kart sebagai aktiviti riadah bukan? Go Kart juga merupakan aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama rakan-rakan. Dalam berkawan, pasti ada rasa ingin bersaing secara sihat bersama rakan-rakan yang lain. Jadi aktiviti Go Kart merupakan aktiviti yang paling sesuai kerana anda dapat berlumba atau dengan rakan-rakan anda secara sah. Selepas selesai berlumba secara sah, pasti individu akan merasa puas dan seronok.

Melakukan sukan lasak        

Bagi yang suka untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang lain dari yang lain, boleh lah cuba lakukan sukan-sukan lasak. Banyak aktiviti lasak dan mencabar yang boleh dilakukan seperti bermain flying fox, memanjat batu dan pelbagai lagi. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan di Skytrex atau Gua Damai Extreme Park. Aktiviti lasak semestinya memberikan kepuasan kepadan setiap individu serta dapat meningkatkan daya tahan seseorang.

Banyak juga ya aktiviti riadah dan rekreasi yang boleh dilakukan ketika hujung minggu? Tidak perlu lagi bersesak-sesak di pusat membeli belah. Melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan-rakan lebih bermanfaat berbanding hanya duduk di rumah dan tidak melakukan apa-apa.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content