Kemuncak acara ABPBH 34 memperlihatkan Janna Nick sebagai pemenang Anugerah Bintang paling Popular Berita Harian dengan undian sebanyak 86 juta. Janna Nick dilihat tidak dapat menahan sebak ketika berucap. Janna membawa pulang sebuah trofi, sebuah kereta, dan juga sebuah telefon bimbit Xiomi.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian atau ABPBH pada tahun ini membawa tema #KITABERSAMA atas sebab pandemik yang melanda negara kita ini telah mengajar kita untuk merapatkan hubungan sesama manusia dan terus bersatu sebagai rakyat Malaysia dalam menempuh apa juga cabaran yang dihadapi. Ia merupakan kesinambungan dari tema ABPBH 33 pada tahun lalu iaitu #ABPBHKITA2020.
Buat kali keduanya, ABPBH 34 ini disiarkan tanpa penonton seperti di ABPBH 33 pada tahun lepas. Namun begitu ia tetap meriah dengan penampilan artis-artis hebat bagi setiap persembahan. Persembahan pembukaan dimeriahkan dengan persembahan Khai Bahar, Nicole Lai, Stacy dan Vanessa Reynauld.

ABPBH 34 juga diserikan oleh pengacara Sherry Alhadad.
14 kategori utama dan 4 kategori online telah dipertandingkan. Pemenang bagi kesemua kategori telah diumumkan secara rasmi pada malam tersebut. Mari kita saksikan senarai penuh pemenang ABPBH Ke34 untuk tahun 2021 ini.
Kategori Utama;
Artis Baharu Wanita Popular
Dolla
Artis Baharu Lelaki Popular
Dinie Rashid
Pengacara TV Popular
Janna Nick
Penyampai Radio Popular
DJ Lin
Artis Komedi Popular
Asif Suhaimi
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular
Aina Abdul & Khai Bahar – Nafas Cinta
Watak Animasi Popular
Ejen Ali
Artis Versatil Popular
Siti Nordiana
Pelakon Filem Lelaki Popular
Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular
Janna Nick
Penyanyi Lelaki Popular
Haqiem Rusli
Penyanyi Wanita Popular
Siti Nordiana
Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi
Ben Amir
Pelakon TV Wanita Popular Xiaomi
Siti Saleha
Kategori Online;
Watak Antagonis Popular
Liza Abdullah
YouTuber Popular
Aqil Zulkiflee
Gandingan Serasi Drama Popular
Kamal Adli & Uqasha Senrose - Perempuan Tanpa Dosa
Gandingan Serasi Filem Popular
PU Riz & Wanna Ali - Ada Apa Dengan Dosa
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Dato Hajah Habsah Hassan
Anugerah FANtastik Popular – Siti Nordiana FC
Artis TikTiok Popular – Khai Bahar
Majlis #ABPBH34 ditutup dengan persembahan hebat dari Hazama, Dato Zainal Abidin dan Haqiem Rusli.
MiGOnline ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang!