Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeLIFESTYLE5 Lokasi Terbaik untuk Berbulan Madu

5 Lokasi Terbaik untuk Berbulan Madu

Ramai yang telah mendirikan rumah tangga pada musim-musim Covid-19 ini namun masih tidak berkesempatan untuk pergi berbulan madu. Pasti ramai telah merancang untuk berbulan madu di luar negara bukan? Hasrat untuk berbulan madu di luar negara perlu dilupakan buat sementara waktu. Namun begitu adakah rancangan untuk berbulan madu patut dilupakan juga? Setiap pasanan yang baru berkahwin pasti inginkan merasai detik indah bersama pasangan.

Jangan rungsing. Kerajaan kan sudah beri kelonggaran untuk kita pergi bercuti ke negeri-negeri di dalam Malaysia. Gunakanlah peluang ini untuk berbulan madu di dalam Malaysia. Banyak tempat-tempat yang menarik dan cantik di Malaysia ini setanding dengan luar negara. Teruskan baca artikel ini untuk mengetahui tentang lokasi-lokasi yang boleh dijadikan tempat berbulan madu.

Pulau Mabul, Sabah

Pulau Mabul merupakan destinasi yang pasti berada dalam senarai pasangan pengantin baru untuk pergi berbulan madu. Ini kerana Pulau Mabul ini memiliki keindahan air laut yang jernih dan pemandangan yang menenangkan. Terdapat satu resort yang cantik di pulau ini. Resort tersebut ialah Mabul Water Bungalows. Resort ini terletak di perairan Pulau Mabul.

Banglo ini memiliki keunikan dekorasinya tersendiri. Setiap resort didekorasi dengan gaya moden yang membuatkan ianya nampak ekslusif.

Avani Hotel Sepang

Avani Sepang ini merupakan antara hotel yang memberikan servis yang baik dengan harga yang rendah. Ia terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Namun ia sangat sesuai untuk pasangan yang inginkan ketenangan dan ingin merehatkan minda dari kesibukan kota. Semua resort di Avani ini terletak di atas air. Pasangan pengantin boleh menikmati pemandangan yang indah dari balkoni bilik tanpa perlu keluar ke mana-mana.

Meritus Pelangi, Langkawi

Buat pasangan yang inginkan suasana yang meriah untuk berbulan madu, Meritus Pelangi ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Ia terletak Pantai Cenang dan ia merupakan resort dengan gaya ala-ala kampung. Pasangan pengantin boleh keluar bersiar-siar di sekitar Pantai Cenang pada waktu malam dan menikmati keindahannya bersama. Harganya juga berpatutan.

The Datai, Langkawi

Bagi yang mempunyai bajet lebih, boleh lah berbulan madu di The Datai, Langkawi. Resort ini mempunyai pantai persendirian dan kawasannya terletak dikelilingi hutam dara. Resort ini juga ada menyediakan villa yang mempunyai kolam persendirian. Jadi anda dan pasangan tidak perlu keluar ke kolam mandi diluar, boleh mandi di villa sahaja. Resort ini merupakan salah satu resort yang terkemuka dan sering dijadikan lokasi untuk berbulan madu kerana persekitarannya yang romantik dan menenagkan.

Lexis Hibiscus, Port Dickson

Kepada pasangan yang ingin percutian yang mewah tetapi dengan harga berpatutah, Lexis Hibiscus adalah lokasi berbulan madu yang terbaik. Resot ini merupakan sebuah resort yang meiliki konsep moden serta memiliki pemandangan yang mengagumkan. Resort ini juga terletak di atas air.

Beberapa pakej bilik disediakan di resort ini. Yang selalu menjadi pilihan pasangan untuk berbulan madu adalah Panorama Pool Villa. Villa ini menghadap ke laut tanpa dilindung oleh apa-apa. Jadi pasangan dapat menikmati pemandangan yang indah. Ia mempunyai kolam persendirian yang memudahkan, tidak perlu berkongsi kolam dengan orang lain.

Banyak bukan lokasi menarik yang boleh dijadikan lokasi berbulan madu di Malaysia ini? Jadi jangan lah bersedih sekiranya tidak dapat berbulan madu di luar negara!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content