Kebiasaanya, apabila cuti berhujung minggu pasti ramai yang akan keluar berjalan di pusat membeli belah, taman-taman atau mana-mana lokasi untuk beristirehat. Namun selepas wabak Covid-19 melanda, segala aktiviti yang sering dilakukan hilang begitu sahaja. Kini ramai yang hanya duduk di rumah kerana takut akan dijangkiti wabak tersebut. Bagi mereka duduk di rumah adalah pilihan yang terbaik walaupun agak membosankan.
Tapi jangan lah risau, sekarang ini banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah seperti meluangkan masa bersama keluarga dengan menonton pelbagai jenis filem. Terdapat pelbagai platfom yang menarik untuk menonton filem kegemaran anda sekarang ini. Sebagai contoh, Netflix.
Aplikasi Netflix menyediakan banyak genre filem yang boleh ditonton mengikut keinginan penonton sendiri. Sekiranya sudah bosan dengan filem aksi atau drama-drama Melayu, boleh lah cuba menonton filem-filem dari genre seram. Hari ini, saya akan kongsikan beberapa filem dari genre seram yang wajib ditonton di aplikasi Netflix.
- No One Gets Out Alive
Filem No One Gets Out Alive ini merupakan filem seram British yang di arahkan oleh Santiago Menghini. Filem ini sudah mula disiarkan di aplikasi Netflix pada 29 September 2021. Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Ambar yang merupakan seorang pendatang Mexico yang berpindah ke Cleveland selepas kematian ibunya. Apabila berpindah, dia terpaksa menyewa bilik di sebuah rumah tumpangan. Namun, Ambar mendapati dirinya berada dalam mimpi ngeri yang membuatkan dia tidak dapat melarikan diri. Untuk mengetahui apa yang terjadi kepada Ambar, teruskan menonton filem ini di Netflix!

- Don’t listen
Don’t Listen ini merupakan satu filem yang terkenal di Netflix. Ia merupakan filem seram Sepanyol yang ditayangkan pada July 2020. Filem ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri tidak menyedari bahawa rumah yang mereka diami tersebut berhantu. Sehinggalah satu masa, anak mereka iaitu Eric mula mendengar suara-suara aneh dalam rumah tersebut. Apabila tiba masa untuk bapak Eric pula yang mendengar suara-suara aneh tersebut, dia mula mencari pakar paranormal untuk menyelesaikan misteri yang dialami di rumah mereka tersebut.

- Mirrors
Filem ini seram ghaib Amarika yang disiarkan pada August 2008. Filem ini mengisahkan tentang seorang pengawal keselamatan yang berlari melalui stesen kereta api bawah tanah yang membawa ia ke sebuah bilik yang menyebabkan dia tidak dapat melarikan diri. Ketakutan pengawal tersebut membuatkan dia merayu kepada bayangannya sendiri di dalam cermin. Bayangannya di dalam cermin tersebut menggunakan serpihan kaca ke arah kerongkongnya. Nak tahu apa yang terjadi kepada pengawal keselamat itu? Tonton filem ini di Netflix.

- Things Heard & Seen
Filem ini merupakan filem yang diadaptasi dari novel All Things Cease to Appear. Filem ini juga merupakan filem seram Amerika yang ditayangkan pada April 2021. Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga kecil yang baru berpindah ke New York. Pada awalnya segalanya berjalan lancer dan kehidupan mereka di rumah tersebut baik-baik sahaja. Namun, lama kelamaan situasi berubah misteri. Catherine mula mencari tahu apa yang menyebabkan rumah itu menjadi misteri. Cerita ini bukan sahaja mengisahkan tentang rumah yang menyeramkan tetapi juga menceritakan tentang realiti dalam hubungan perkahwinan yang agak menakutkan.

- His House
Filem ini mengisahkan tentang pasangan pelarian yang terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sebuah bandar yang mempunyai kuasa jahat yang tersembunyi. Pasangan pelarian ini merupakan pasangan yang lari dari perang Sudan Selatan. Pasangan ini diterima oleh pemerintah setempat dan memberikan bantuan dari segi tempat tinggal kepada mereka. Di tempat tingal yang diberikan oleh pemerintah setempat itu lah bermulanya segala kisah seram bagi mereka. Filem ini telah ditayangkan pada Januari 2020.

Itulah antara filem-filem seram yang perlu ditonton di Netflix. Agak membosankan jika kita hanya menonton filem dari genre yang sama sahaja. Sekali-sekala tonton filem menyeramkan bersama ahli keluarga pasti menyeronokkan. Selamat menonton!