Malaysia memang mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik. Selain dari mempunyai tempat-tempat menarik, Malaysia juga mempunyai bangunan-bangunan yang cantik dan bersejarah. Malaysia dijadikan destinasi pelancongan oleh rakyat luar negara kerana memiliki keunikan yang tersendiri.
Namun begitu, pasti ramai juga yang sedia maklum bahawa di Malaysia ini juga mempunyai banyak bangunan yang boleh dikatakan berhantu atau misteri. Sesetengah bangunan itu kelihatan cantik pada luarannya tapi ia sebenarnya kawasan yang ‘keras’. Tetapi ada juga bangunan yang memang nampak sangat usang dan menyeramkan. Hari ini, kita akan dedahkan bangunan-bangunan misteri tersebut.
- Highland Tower
Apabila bercerita tentang tempat berhantu atau misteri, pasti Highland Tower tidak akan dilupakan. Highland Tower akan menjadi tempat yang pertama di dalam semua cerita. Bangunan ini pada suatu ketika dulu pernah ada penghuninya. Namun, bangunan ini runtuh pada tahun 1993. 48 orang terkorban dalam runtuhan tersebut.
Bangunan Highland Tower ini sering didatangi oleh kumpulan-kumpulan pemburu hantu untuk melihat, merakan dan merasai sendiri keadaan di bangunan tersebut. Bangunan ini telah dirancang untuk dirobohkan, tetapi entah mengapa tidak pernah menjadi.
- Kellie’s Castle
Bangunan ini jugak tidak kurang popularnya. Kellie’s Castle ini terletak di Perak. Ia merupakan sebuah bangunan yang dibina oleh peladang getah Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan istana ini dibina untuk dihadiahkan kepada isteri dan anaknya namun ia terbengkalai hingga kini apabila William meninggal dunia.
Kini, istana ini dijadikan tempat lawatan oleh pelancong yang datang ke Perak. Ramai yang berkata pernah ternampak kelibat hantu yang berlegar-legar di sana.
- First World Hotel, Genting Highlands
Jika disebut tentang First World Hotel, pasti ramai yang tahu lokasinya. Ia merupakan antara hotel yang menjadi tumpuan untuk mereka yang datang ke Genting Highlands untuk bercuti atau atas urusan kerja. Kebanyakkan penginap yang menginap di hotel ini pernah diganggu oleh makhluk halus itu. Ada yang berpendapat bahawa tempat itu menjadi ‘keras’ kerana ramai penginap hotel itu bunuh diri akibat kalah berjudi.
Penginap di hotel ini bukan sahaja sering diganggu oleh makhluk halus tetapi ada juga penginap yang pada awalnya sihat sahaja tp secara tiba-tiba jatuh sakit. Aras 21 hotel ini dikatakan aras yang mempunyai penunggu.
- Penjara Pudu
Belum pun mengetahui ceritanya, namanya sahaja sudah menakutkan. Siapa sahaja tidak takut apabila mendengar perkataan penjara. Penjara ini merupakan tempat yang menakutkan terutamanya bagi pekerja-pekerja penjara dan sesiapa sahaja yang mempunyai urusan di sana. Kadang-kadang, ada yang terdengar suara jeritan seseorang dari bilik perlaksanaan hukuman gantung sedangkan pada ketika itu, tiada siapa yang berada di dalam bilik tersebut. Memang menyeramkan! Kini, bangunan ini telah dirobohkan tiada lagi bangunan Penjara Pudu ini kerana ia telah dirobohkan.
- Mimaland
Bagi yang tidak pernah dengar tentang tempat ini, Mimaland merupakan sebuah taman tema air yang terletak di Selangor. Ia merupakan taman tema Jurassic Park yang pertama di Malaysia. Kejadian seram bermula selepas seorang pelancong dari negara jiran iaitu Singapura maut dalam satu kemalangan di sekitar kawasan papan luncur air. Selepas itu, banyak masalah yang berlaku di taman tema air ini antaranya kolam yang sama dimasuki air lumpur akibat tanah runtuh.
Selepas itu, taman tema ini di tutup untuk tujuan pengelenggaraan namun sehingga kini ia dibiarkan terbengkalai.
Itulah antara bangunan misteri yang terdapat di Malaysia. Sekiranya ada keinginan untuk pergi melawat ke tempat-tempat ini, silalah jaga percakapan dan tingkah laku. Kita tidak tahu makhluk-makhluk ini ada dimana dan perkara buruk apa yang boleh terjadi jika tersilap langkah.