Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeFESYENFesyenWangian yang Sesuai Digunakan untuk Keluar Bertemu Janji

Wangian yang Sesuai Digunakan untuk Keluar Bertemu Janji

Pasti ramai yang ingin berwangi-wangi ketika keluar bertemu janji dengan pasangan bukan? Lagi-lagi bagi yang keluar untuk janji temu pertama. Pemilihan wangian sangat penting. Bagi sesetengah wanita, pasti mereka ada koleksi wangian mereka tersendiri berbeza-beza mengikut acara. Untuk ke pejabat, lain wangian yang dipakai begitu juga untuk keluar bertemu janji.

  1. Yves Saint Laurent Black Opium

Wangian ini sesuai untuk dipakai pada waktu malam kerana sekiranya diapakai pada waktu siang, ianya agak keterlaluan. Wangian ini mempunyai bau yang pekat dan manis. Apa yang membuatkan wangian ini seksi adalah dengan kehadiran kopi manis dan campuran vanila yang membuatkan baunya menjadi unik. Walau bagaimanapun, wangian ini tidak sesuai untuk wanita yang sukakan bau yang lembut kerana ia agak keras.

  • Tommy Girl (Tommy Hilfiger)

Wangian ini boleh dikatakan sebagai wangian yang menggoda. Nota atas bagi wangian ini adalah angur hitam, apple tree blossoms dan juga zesty mandarin. Wangian ini mengingatkan kisah percintaan musim panas yang menggoda. Wangian ini juga menyegarkan kerana ia mempunya banyak nota sitrus.

  • Sensuous EDP (Estee Lauder)

Sensuous EDP ini juga tidak kurang hebatnya. Walaupun wangian ini sangat menggoda, namun wangian ini tidaklah terlalu kuat. Ia hanyalah wangian yang lembut tetapi mempunya ciri-ciri keperempuanan. Nota atas bagi wangian ini adalah cendana, amber and serum Ylang. Bau cendana yang agak musky diseimbangkan dengan sedikit rasa manis dari madu membuatkan wangian ini sangat terbaik.

Namun, setiap wanita pasti ada pilihan mereka tersendiri dalam memilih wangian yang ingin dipakai untuk acara-acara tertentu. Tidak kisah wangian apa yang dipakai asalkan ianya tidaklah keterlaluan sehingga boleh menyakitkan kepala sesiapa yang ada berdekatan dengan kita.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content