Zaman sekarang ini, nak ambil gambar tidak lagi susah. Ramai yang sudah mempunyai telefon pintar sendiri yang membolehkan mereka mengambil apa-apa sahaja gambar dengan mudah dan cepat. Kita tidak perlu lagi untuk ke kedai gambar untuk mengambil gambar dan tunggu beberapa hari untuk gambar tersebut siap dicuci.
Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu cara untuk mendapatkan gambar yang cantik. Untuk mendapatkan gambar yang cantik, sesorang itu tidak semestinya perlu menggunakan telefon yang mahal. Cukup sekadar tahu teknik-tekniknya dan manfaatkannya semasa mengambil gambar. Terdapat beberapa teknik yang ingin dikongsikan kepada pembaca semua.

- Bersihkan Lens Kamera
Ini adalah teknik atau tips yang paling utama yang sering kali dilupakan dan diabaikan oleh ramai orang. Tips ini perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada terdapat kesan cap jari, habuk atau apa-apa bendasing pada lens kamera tersebut. Sekiranya lens tidak dilap, gambar yang diambil berkemungkinan akan kelihatan kabur.
- Aktifkan Garisan Grid
Setiap telefon pintar mempunyai fungsi garisan grid untuk kameranya. Garisan grid sangat penting dalam pengambilan gambar menggunakan telefon pintar. Garisan grid berfungsi untuk memastikan gambar yang diambil tidak senget. Sekiranya gambar yang diambil itu sengat, ia akan menjadi tidak cantik. Untuk mendapatkan gambar yang cantik, letakkan subjek selari dengan garisan grid pada kamera.
- Elakkan Penggunaan Flash
Penggunaan flash pada kamera telefon adalah sangat tidak digalakkan. Hal ini kerana flash boleh menjejaskan hasil gambar yang diambil. Pada sesetengah keadaan, gambar mungkin kelihatan cantik apabila menggunakan flash. Tapi tidak semuanya akan berhasil. Cuba untuk dapatkan cahaya dari sumber yang lain terlebih dahulu sebelum buat keputusan untuk menggunakan flash. Pada waktu malam, digalakkan untuk gunakan mod malam.
- Pencahayaan yang Baik
Untuk mendapatkan gambar yang cantik, pencahayaan sangatlah penting. Subjek perlulah berada menghadap cahaya agar gambar tersebut tidak menjadi gelap. Selain itu, exposure gambar perlulah dijaga. Exposure tidak boleh terlalu tinggi atau terlalu rendah. Sekiranya gambar yang diambil tidak cukup pencahayaan, ia akan menjadi gelap dan tidak cantik walaupun teknik-teknik di atas telah dilakukan.
# TIPS
Untuk mendapatkan gambar yang cantik, cubalah mengambil gambar ketika Waktu Keemasan.
Selepas mempraktikkan teknik-teknik di atas, percayalah gambar yang diambil akan lebih cantik berbanding gambar-gambar sebelum ini. Selamat mencuba!