Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeFESYENFesyenGaya Tudung Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka

Gaya Tudung Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka

Semakin hari semakin banyak fesyen atau gaya tudung yang muncul. Sebagai seorang wanita bertudung, pasti kita ingin mencuba pelbagai jenis gaya tudung mengikut trend terkini. Kita sering terinspirasi dari gaya tudung yang dikenakan oleh seseorang. Namun, apabila diri sendiri mencuba sesetengah gaya tersebut, ia tidak kelihatan menarik seperti yang digayakan oleh wanita lain.

Pasti kita tertanya-tanya apa yang membuatkan sesuatu gaya itu tidak kena dengan kita sedangkan ia sangat cantik apabila digayakan oleh wanita lain kan? Jangan risau, ia bukan bermakna anda yang tidak cantik. Setiap wanita itu cantik dengan cara mereka tersendiri.

Kita sedia maklum bahawa untuk memilih baju untuk dipakai, kita perlu tahu jenis baju yang macam mana yang sesuai dengan betuk badan kita kan? Begitulah juga dengan pemakaian tudung. Kita perlu tahu bentuk muka kita terlebih dahulu sebelum mengenakan sesuatu gaya.

Di artikel ini kita akan kongsikan jenis bentuk muka, tips dan gaya-gaya yang sesuai bagi setiap bentuk muka.

  1. Bentuk muka panjang

Bentuk muka panjang merupakan bentuk muka yang diidamkan oleh ramai orang. Cara mengenali bentuk wajah yang panjang ialah apabila dahi seseorang itu lebih lebar berbanding dagu mereka. Wanita yang mempunyai bentuk muka seperti ini sangat dicemburui oleh wanita-wanita lain kerana seseorang dengan bentuk muka seperti ini sesuai untuk mengenakan pelbagai jenis gaya tudung.

  1. Bentuk muka bulat

Cara untuk menentukan sama ada bentuk wajah sesorang itu bulat adalah dengan dengan melihat lebar antara sisi muka dari atas ke bawah adalah hampir sama. Gaya tudung yang sesuai bagi wanita berwajah bulat adalah dengan memakai tudung dengan gaya longgar.

# Tips

Wanita yang mempunyai bentuk muka seperti ini perlu memakai tudung yang boleh membuatkan wajah mereka nampak lebih panjang. Caranya adalah dengan mengangkat seidikit bahagian atas tudung untuk menjadikan ia sedikit muncung agar tudung tidak melekap pada muka.

  1. Bentuk muka petak

Wanita dengan bentuk muka petak ini kebiasaannya mempunyai tulang rahang yang lebar dan tajam dan kawasan dagu yang rata. Pemilihan gaya tudung yang sesuai dengan wanita berwajah petak adalah dengan memilih gaya yang boleh menyembunyikan rahang agar wajah seseorang itu kelihatan bujur.

# Tips

Elakkan tudung dengan gaya turban kerana ia hanya akan menonjolkan lagi tulang rahang dan membuatkan wajah menjadi lebih maskulin. Sekiranya ingin memakai selendang, seseorang dengan wajah petak perlu mengenakan selendang dengan inner neck yang menutup bahagian dagu.

  1. Bentuk muka hati / tiga segi

Wanita yang mempunyai wajah berbentuk hati dapat dikenali apabila jarak pelipis lebih lebar berbanding pangkal rahang. Ukuran vertikal wajah adalah lebih panjang berbanding kelebaran wajah. Wanita dengan bentuk muka ini juga mempunyai dagu yang panjang. Gaya yang sesuai dekenakan bagi wanita berwajah hati adalah dengan memakai selendang dengan gaya tanpa pin.

# Tips

Untuk wanita berwajah bentuk hati, pastikan memilih tudung yang boleh ditarik kebelakang agar dapat menonjolkan lagi rahang. Selain itu, penggunaan anak tudung net juga sesuai supaya bahagian yang kosong akan kelihanan terisi.

Sebelum menggayakan sesuatu gaya tudung, amat penting bagi seseorang itu untuk mengetahui jenis bentuk muka mereka terlebih dahulu. Kita perlu sentiasa ingat bahawa setiap wanita mempunyai bentuk muka yang berbeza. Tidak hairanlah jika ada sesetengah gaya tidak kena dengan si pemakainya.

Jadi, anda sudah tahu bentuk wajah anda dan gaya yang bersuaian dengan anda? Semoga perkongsian ini dapat membantu pemilihan gaya tudung dan tidak akan ada lagi istilah ‘bad-tudung-day’ kepada anda semua!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
SourceLunaLulu
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content