Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeFESYENFesyenPakaian Yang Boleh Digayakan Ketika Hiking

Pakaian Yang Boleh Digayakan Ketika Hiking

Hiking merupakan satu aktiviti yang sangat digemari oleh ramai orang. Selain daripada dapat mengekalkan kecerdasan badan, hiking juga dapat membantu seseorang untuk menghilangkan tekanan lagi-lagi di musim Covid-19 ini. Ramai yang tertekan oleh kerana situasi yang dihadapi sekarang. Jadi sebaik sahaja kerajaan membenarkan semula rakyat Malaysia melakukan aktiviti-aktiviti ini, pasti ramai yang tidak akan melepaskan peluang.

Namum begitu, pasti ramai yang masih tidak tahu pakaian macam mana yang sesuai untuk digayakan semasa hiking. Rata-rata pendaki pasti inginkan pakaian yang bukan sahaja selesa tetapi juga sesuai untuk dimuat naik ke media sosial. Pakaian yang dipilih mestilah bersesuaian dengan tempat yang ingin didaki dan keadaan cuaca.

Pemilihan baju dan seluar amat penting sebelum sesorang pergi mendaki. Teruskan membaca untuk mengetahu lebih lanjut mengenai pakaian yang boleh digayakan ketika mendaki.

# Windbreaker

Jaket windbreaker kini makin popular dalam kalangan penggemar sukan outdoor tidak kira lelaki atau perempuan. Windbreaker merupakan jaket kain nipis yang direka untuk menahan angin sejuk dan hujan renyai. Kebiasaannya jaket jenis diperbuat dari bahan nilon atau polyester. Windbreaker ini juga sesuai dipakai pada musim panas kerana ia bersifat breathable.

# Jersey

Selain daripada itu, buat pendaki beginner, pasti tidak mahu mengeluarkan bajet yang besar untuk membeli pakaian baru. Jadi pakaian jenis kain jersey juga boleh digunakan. Hal ini kerana, material jenis ini memberikan pengudaraan yang baik disamping mudah untuk didapati.

# Jaket Gunung

Untuk pendaki yang ingin mendaki ke kawasan yang lebih tinggi dan sejuk, jaket yang lebih tebal perlu digunakan. Hal ini kerana suhu akan berubah mengiikut ketinggian gunung tersebut. Semakin tinggi gunung yang ingin didaki, keadaan cuaca akan menjadi semakin sejuk. Jadi pakaian yang tebal perlu digunakan.

# Hiking Pants

Terdapat banyak hiking pants yang dijual sekarang ini. Penggunaan seluar yang memang dikhususkan untuk mendaki adalah sangat digalakkan. Hal ini kerana seluar hiking diperbuat dari material yang tahan lasak dan selesa. Semasa mendaki, kita tidak tahu bagaimana keadaan cuaca dan keadaan buki atau gunung yang hendak didaki jadi sangat penting untuk memakai seluar yang tahan lasak.

Sekian perkongsian mengenai pakaian yang boleh digayakan untuk pergi mendaki tidak kira sama ada mendaki bukit atau gunung. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam pemilihan pakaian. Bagaimana dengan anda semua? Pakaian apa yang anda pakai untuk pergi mendaki? Boleh kongsikan outfit and di ruangan komen 😊

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content