Thursday, February 22, 2024
spot_img
HomeHIBURANFilm / MovieTayangan Perdana Filem Budak Kripto

Tayangan Perdana Filem Budak Kripto

Pada 8 November 2021, YB Tuan Zakaria Abdul Hamid selaku pengarah Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah merasmikan Majlis Tayangan Perdana Filem ‘Budak Kripto’yang bertempat di TGV Cinemas, Sunway Pyramid.

Filem Budak Kripto ini sepatutnya telah ditayangkan pada tahun lepas lagi tetapi terpaksa ditangguhkan oleh kerana wabak Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan yang melanda negara kita.

Filem berdurasi 87 minit ini menceritakan tentang kisah pembelajaran mengenai saham dan mata wang kripto serta kisah seorang pemuda bernama Putra yang bersungguh dalam memperbaiki kehidupannya walaupun sentiasa diganggu dan diekori oleh peminta hutang. Budak Kripto diterbitkan oleh A&S Pictures yang diarahkan oleh pengarah berkaliber iaitu Din CJ atau nama sebenarnya Nordin Wahab.

Pada asalnya filem ini dihasilkan dalam bentuk super-tele tetapi dinaik taraf untuk menjadi sebuah filem. “Ini bukan filem aksi. Ia merupakan ‘heavy drama’ yang berbentuk education movie,” kata pengarah Din CJ apabila ditanya mengenai genre Filem Budak Kripto ini. Budak Kripto bakal ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia pada 11 November 2021.

Filem Budak Kripto ini mempunyai sedikit kelainan dalam pemilihan barisan pelakonnya dimana Din CJ mahukan pelakon-pelakon baharu untuk memegang watak utama dalam filem arahannya tersebut. Antara pelakon baru yang memegang watak utama dalam filem Budak Kripto ini adalah Zam Azmi yang memengang watak sebagai Putra dan Nurul Hida yang memengang watak sebagai Cikgu Mira. Menurut Zam Azmi sendiri Ketika ditemu ramah, sebagai pelakon baru beliau ada mengikuti kelas lakonan sebagai persediaan sebelum memulakan penggambaran.

Tidak cukup dengan itu, filem ini juga diserikan lagi dengan barisan pelakon-pelakon terkenal seperti Fahrin Ahmad, Liza Abdullah, A Galak, Afifah Nasir Sopiah Ibrahim, Datuk TS Jeffry, Kazar, Allahyarham Mamat Khalid, Datuk David Arumugam dan juga Accapan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
MIG Online

Most Popular

Recent Comments

Skip to content